fbpx

Belgium mahu tebus kecewa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIELEMANS berharap Belgium mampu terus mengekalkan kedudukan sebagai pendahulu kumpulan menerusi kemenangan ke atas England awal pagi esok. – AFP

LEUVEN – Pemain tengah Belgium, Youri Tielemans me­ngakui kedua-dua pasukan mahu me­lakar kemenangan menjelang pertemuan menentang England pada aksi Liga Negara-Negara Eropah di Stadium Den Dreef awal pagi esok.

Pemain Leicester City itu berharap mereka boleh menebus kekalahan lalu apabila tewas 1-2 kepada skuad The Three Lions pada perlawanan di Stadium Wembley bulan lalu.

Tielemans berkata, Belgium yang memiliki sembilan mata perlu memenangi perlawanan sekiranya mahu terus menerajui saingan Kumpulan A2 dengan England mengekori rapat menerusi tujuh mata.

“Perlawanan menentang England adalah wajib menang untuk kami, mereka juga mahu dapatkan tiga mata. Apa yang pasti perlawanan itu akan berlangsung sengit.

“Apabila tewas kepada pasukan seperti England pada perlawanan terdahulu, sudah tentu kami mahu tebus kekalahan itu. Kami akan hadapi perlawanan itu dengan penuh positif dan mencari kemenangan yang diinginkan,” kata Tielemans.

Sementara itu, dia turut menggesa rakan sepasukan agar menampilkan aksi terbaik sekiranya tidak mahu terlepas status sebagai pendahulu Kumpulan A2.

“Pada aksi sebelum ini, kami bermain sangat baik di separuh masa pertama, namun gagal menemui rentak selepas waktu rehat.

“Oleh itu, saya harap rakan sepasukan tidak ulangi kesilapan tersebut selain perlu mengekalkan fokus serta disiplin di padang,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI