fbpx

Sindiket penipuan SMS: Enam lagi direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Enam individu dibawa anggota SPRM untuk disambung reman tiga hari bagi membantu siasatan atas tuduhan kes sindiket penipuan sistem pesanan ringkas (SMS) di Mahkamah Putrajaya di sini, hari ini. - Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Enam lagi pekerja syarikat swasta dan pegawai syarikat telekomunikasi direman hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan sindiket penipuan khidmat pesanan ringkas (SMS).

Penahanan keenam-enam suspek itu adalah susulan penahanan reman terhadap enam individu sebelum ini kerana disyaki terlibat dalam kes sama.

Perintah reman sehingga 15 November depan itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini selepas membenarkan permohonan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan penahanan reman bagi kes terbabit adalah seramai 12 individu setakat ini dengan tiga daripadanya pengarah syarikat termasuk dua bergelar Datuk dan seorang ketua pegawai teknologi (CTO).

Sumber berkata, kesemua individu berusia antara 34 tahun hingga 49 tahun yang terdiri daripada lima orang lelaki dan seorang wanita itu ditahan antara pukul 4.45 petang hingga 12.30 tengah malam semalam di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya selepas hadir memberi keterangan.

Menurutnya, kesemua individu terbabit dipercayai telah memberi dan menerima wang rasuah untuk tujuan mendapatkan maklumat data peribadi pelanggan yang menggunakan pelan prabayar.

“Nombor telefon yang diperoleh akan digunakan oleh sindiket penipuan penyedia kandungan menerusi SMS dengan mengenakan bayaran langganan tanpa pengetahuan dan persetujuan daripada pengguna,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Kosmo! hari ini melaporkan seorang CTO sebuah syarikat swasta antara dua individu yang direman semalam bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan sindiket penipuan SMS. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI