fbpx

Marquez tidak sempat cergas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARQUEZ disahkan tidak sempat cergas untuk baki aksi musim ini dan memerlukan tempoh rehat dan pemulihan yang lebih lama. – AFP

LONDON – Pasukan Repsol Honda mengesahkan pelumba sensasi yang juga juara enam kali, Marc Marquez tidak sempat untuk kembali cergas bagi mengharungi baki saingan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) pada musim ini.

Sebagai rekod, pelumba kelahiran Sepanyol itu tidak ber­aksi secara kompetitif selepas patah lengan ketika mengharungi perlumbaan pembuka tirai Grand Prix (GP) Sepanyol di Jerez Julai lepas.

Susulan itu, Honda mengarahkan Marquez untuk menjalani pendedahan pada Ogos dan meskipun pada awalnya dijangka berehat sekurang-kurangnya tiga bulan, pegawai perubatan itu mengesahkan sukar buat Marquez kembali pada musim ini.

“Pihak pengurusan boleh sahkan bahawa kelibat Marquez tidak akan kelihatan pada perlumbaan MotoGP musim ini kerana kami mahu dia mendapat rehat yang cukup. Dia kini dalam proses pemulihan dan kami jangka dia akan kembali ke litar pada tahun depan,” katanya.

Sementara itu, Honda turut mengesahkan pelumba kelahiran Jerman, Stefan Bradl akan terus menggantikan tempat Marquez untuk mengharungi dua perlumbaan terakhir bulan ini pada GP Valencia dan GP Portugal.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Honda kerana memberi kepercayaan dan peluang untuk menggantikan posisi Marquez yang sentiasa berada dalam doa kami agar dapat pulih segera daripada kecederaan yang dialami.

“Mengenai persediaan untuk dua GP terakhir, saya berharap dapat membalas kepercayaan yang diberikan oleh Honda kerana pasukan telah menyediakan jentera yang cukup kompetitif buat saya untuk bersaing,” kata Bradl. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI