fbpx

KPDNHEP Perak lakukan 759 pemeriksaan menjelang Deepavali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengarah KPDNHEP Perak Saifullizan Kamarul Zaman (baju putih) bersama Pengawai Penguatkuasa KPDNHEP Perak menjalankan pemeriksaan sempena Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) di Pasar Besar Ipoh, pagi tadi.

IPOH – Sebanyak 759 pemeriksaan dilakukan Kementerian Perdagangam Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak sepanjang tempoh Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sejak hari pertama ia berkuat kuasa pada 9 November lalu sehingga hari ini.

Pengarah KPDNHEP Perak, Saifullizan Kamarul Zaman berkata, pihaknya bagaimanapun mendapati peniaga mematuhi undang-undang serta tiada aduan diterima daripada orang awam.

“Walaupun tiada kes dan aduan direkodkan sehingga kini, KPDNHEP akan sentiasa berada di lapangan dalam memastikan peniaga terus mematuhi peraturan yang ditetapkan.

“Operasi akan terus berlangsung sehingga 17 November ini bagi melindungi pengguna daripada peniaga yang mahu mengaut keuntungan berlebihan dengan cara menetapkan harga maksimum ke atas barangang keperluan musim perayaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Saifullizan berkata, sebanyak 20 barangan yang dikawal harganya di peringkat borong dan runcit terlibat dalam pemeriksaan antaranya termasuk ayam, telur ayam, daging kambing, kelapa, tomato, ubi kentang, bawang merah, kacang dan beberapa barangan lain.

Beliau berkata, pihaknya juga sudah menempatkan dan mengatur Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP bagi melakukan pemeriksaan serta pemantauan secara harian ke pasar borong, pasar awam, pasar tani juga pasar raya di seluruh negeri sejak SHMMP dikuat kuasakan.

“Pengguna juga disarankan supaya memanfaatkan aplikasi mudah alih ‘Price Catcher’ ketika berbelanja untuk membuat perbandingan harga bagi mendapatkan barangan pada harga yang lebih berpatutan.

“Aplikasi ‘Price Catcher’ adalah aplikasi yang dibangunkan oleh KPDNHEP yang memaparkan maklumat harga lebih 400 barangan yang dikutip oleh Pegawai Pemantau Harga (PPH) KPDNHEP di seluruh negara secara harian, mingguan dan bulanan,” katanya.

Jelas beliau, melalui aplikasi itu, pengguna dapat menjimatkan masa dan kos untuk membuat perbandingan harga antara premis yang berlainan di sesuatu kawasan dan seterusnya dapat merancang perbelanjaan dengan bijak.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI