fbpx

Kes kekal tiga angka, satu kematian direkod

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kes baharu kekal tiga angka dengan 919 kes dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 43,791 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, tiga daripadanya merupakan kes import termasuk seorang warga asing dan mereka yang tiba dari Indonesia, Nigeria serta Arab Saudi.

“Sebanyak 996 kes sembuh direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes pulih Covid-19 sehingga kini sebanyak 32,069 kes.

“Pada masa sama, satu kematian dilaporkan membabitkan lelaki warga asing berusia 66 tahun dan jumlah keseluruhan kes kematian terkini sebanyak 303 kes,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau menambah, terdapat sebanyak 92 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 35 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI