fbpx
AHMAD mendedahkan bahawa STL 2020 mungkin boleh dilangsungkan di kawan zon hijau seperti di Kelantan.

STL mungkin diadakan di negeri Zon Hijau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SELEPAS tertangguh akibat pandemik Covid-19, Liga Sepak Takraw (STL) Premier kemungkinan akan meneruskan saingan di negeri zon hijau seperti Kelantan, Pahang dan Perlis bermula bulan depan.

STL sebelum ini ditangguhkan susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sejurus peningkatan kes pandemik Co­vid-19 di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor sekali gus memberi kesukaran atlet bertanding ke Stadium Tasik Titiwangsa.

Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Seri Ahmad Ismail berkata, pihaknya telah melakukan perbincangan sekiranya kes di Lembah Klang terus mencatatkan peningkatan dan PKPB diteruskan, STL akan berlangsung di Kelantan.

“PKPB telah dilanjutkan selama empat minggu dan sekiranya Lembah Klang masih dalam PKPB kita bercadang membawa STL ke negeri zon hijau seperti Pahang, Perlis dan Kelantan.

“Buat masa ini, PSM telah me­lakukan perbincangan dengan Gabungan Sepak Takraw Kelantan (Gastak) dan bersama Kerajaan Negeri Kelantan mengenai cadangan PSM ini. Secara dasar Kelantan setuju menjadi tuan rumah sekiranya Kuala Lumpur masih dikenakan PKPB.

“Bagaimanapun, Kelantan telah dimaklumkan bahawa mereka akan mengenakan prosedur operasi standard (SOP) ketat terma­suk kuarantin selama 14 hari kepada pasukan yang datang dari Zon Merah.

“Justeru, PSM telah menetapkan semua pegawai dan pemain yang terlibat dalam saingan STL wajib untuk melakukan ujian calitan sekali lagi. Oleh itu, kita bercadang untuk menjalankan 54 perlawanan secara berterusan. Pasukan hanya diberikan tempoh satu hari rehat selepas tiga perlawanan berturut-turut,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Dalam perkembangan sama, Ahmad turut menjelaskan, STL Champions Cup akan ditangguhkan pada tahun ini dan akan berlangsung pada Januari 2021.

“Kita juga sedar akan berdepan beberapa masalah terutama dari segi cuti dan sebagainya. Justeru, PSM sedang menunggu maklum balas dari semua ahli majlis ter­tinggi dan juga pengurus-pengurus pasukan mengenai cadangan ini,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN