fbpx

Sekatan PRA Indonesia dan Filipina langkah mengekang penularan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Sekatan masuk kepada semua warga asing termasuk Pembantu Rumah Asing (PRA) dari Indonesia dan Filipina adalah sebagai langkah mengekang penularan pandemik Covid-19.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, keputusan ini adalah selaras dengan arahan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menurutya, bagaimanapun pertimbangan kebenaran masuk boleh diberikan ke atas kes-kes yang melibatkan kesihatan dan perkara kritikal yang lain.

“Majikan-majikan yang mempunyai PRA yang terkandas di luar negara dan mempunyai Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) boleh memohon rayuan untuk dipertimbangkan kebenaran masuk melalui sistem MyTravel Pass (MTP).

“Semua majikan yang memohon bagi kemudahan rayuan ini akan dipertimbangkan secara case by case basis,” katanya pada satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Khairul Dzaimee berkata, majikan juga perlu mematuhi semua syarat-syarat kemasukan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Imigresen.

“Langkah-langkah pencegahan penularan pandemik Covid-19 seperti melakukan ujian saringan Covid-19 dan kuarantin 14 hari serta menanggung kos kuarantin tersebut perlu dipatuhi,” katanya.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan isu ini, majikan boleh ajukan melalui Sistem Pertanyaan Online (SPO) di pautan http://eapp.imi.gov.my/spo. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN