fbpx

Polis trafik IPD Kulai bersih pasir bertaburan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar beberapa anggota trafik dari IPD Kulai membantu mengalihkan guni pasir ke bahu jalan.

JOHOR BAHRU – Tindakan sepasukan polis trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai membersihkan pasir bertaburan di atas jalan raya demi keselamatan orang ramai mendapat pujian netizen hari ini.

Beberapa keping gambar yang menunjukkan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) beruniform membanting tulang mengalihkan guni pasir dibantu beberapa orang awam ditularkan oleh Facebook Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police) mendapat reaksi positif pengguna media sosial.

Menurut hantaran di Facebook tersebut, anggota trafik berkenaan bergegas ke lokasi bagi membersihkan pasir yang bertaburan di atas jalan raya disebabkan kecuaian pemandu lori membawa muatan pasir secara berlebihan.

“Demi memastikan keselamatan pengguna jalan raya terjamin, sepasukan anggota PDRM bersama orang awam mengambil inisiatif membersihkan pasir yang bertaburan atas jalan raya akibat kecuaian sikap pemandu lori membawa muatan pasir secara berlebihan di jalan tersebut.

Syabas buat “frontliners” dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, IPD Kulai, Johor yang diketuai oleh Sarjan Ruzaimie Alfred Abdullah kerana telah bergegas ke lokasi kejadian untuk mengawal keadaaan dan memastikan jalan tersebut dapat digunakan semula dengan selamat,” katanya hantaran di Facebook Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police) hari ini.

Pengguna akaun Facebook bernama Lim Bo berkata, tugas anggota PDRM bukannya membersihkan kotoran di jalan raya selain mempersoalkan ke mana perginya pihak yang bertanggungjawab atas kerja tersebut.

“Terima kasih kepada PDRM, bukan sahaja menjaga keamanan lalu lintas malah sanggup membantu orang awam untuk melaksanakan kerja yang di luar bidang kuasa.

“Terbaik PDRM, contoh terbaik kepada masyarakat yang kurang bertanggungjawab,” tulis Lim Bo. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI