fbpx

Perincian pengeluaran Akaun 1 KWSP bukan hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alizakri (tengah) menjelaskan isu pengeluaran Akaun 1 kepada media yang hadir di ibu pejabat KWSP sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak akan membuat sebarang pengumuman berhubung perincian bagi permohonan pengeluaran simpanan persaraan daripada Akaun 1 KWSP hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tunku Alizakri Raja Muhammad Alias berkata, pihaknya masih dalam proses perbincangan bersama Kementerian Kewangan berhubung kemudahan pengeluaran tersebut.

Jelasnya, perincian berhubung jumlah pengeluaran, tempoh dan siapa yang layak masih belum dimuktamadkan.

“Kami mahu dengar apa yang berlaku sekarang dan membuat keputusan yang betul.

“Saya sendiri memang mahu mengumumkan perincian tersebut secepat mungkin,” katanya dalam sesi bersama media yang diadakan di ibu pejabat KWSP, Jalan Raja Laut di sini sebentar tadi.

KWSP sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa perincian kemudahan pengeluaran tersebut akan diumumkan selewat-lewatnya hari ini.

Isu pengeluaran Akaun 1 kini menjadi perbincangan hangat malah ia menjadi salah satu daripada syarat yang dikemukakan

Ahli Parlimen Barisan Nasional untuk menyokong Belanjawan 2021. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI