fbpx

KPWKM akan umum SOP taska

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA- Kerajaan telah meminta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) di Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska), kata Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Datuk Seri Rina Mohd. Harun sedang melihat kepada perkara ini, dan kalau ada apa-apa, beliau akan umumkan kerana taska di bawah kementerian beliau.

“Jadi kita tunggulah (pengumuman),” katanya pada sidang akhbar di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur hari ini.

Beliau mengulas mengenai laporan pengusaha taska yang mendakwa kerugian sehingga RM50 juta akibat arahan penutupan taska.

Kosmo! semalam melaporkan, sebanyak 5,000 pengusaha serta persatuan-persatuan pendidikan awal kanak-kanak dan sekolah-sekolah swasta Malaysia menanggung kerugian hampir RM50 juta dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam pada itu, beliau berkata, arahan bekerja dari rumah telah diperluaskan di seluruh negara termasuk negeri-negeri yang tidak diletakkan dibawah PKPB bagi memudahkan beban ibu bapa bekerja yang tidak boleh menjaga anak-anak ekoran penutupan pusat jagaan kanak-kanak. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI