fbpx

8 kes baharu positif Covid-19 di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
R. Vidyananthan.

JOHOR BAHRU – Sebanyak lapan kes baharu jangkitan wabak Covid- 19 direkod semalam membabitkan enam kes daripada kluster sedia ada, satu kes hasil daripada saringan kontak rapat dan satu kes saringan lain-lain.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R.Vidyananthan berkata, ini menjadikan kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan adalah sebanyak 949 kes dengan 21 kematian.

Katanya, daripada jumlah tersebut, sebanyak 887 kes telah pulih manakala 41 kes Covid-19 yang aktif dan telah diasingkan dan diberi rawatan di hospital.

“Kelmarin, terdapat satu kluster baharu yang dilaporkan iaitu Kluster Padang. Kes ini dikesan hasil daripada saringan gejala di fasiliti kesihatan.

“Susulan itu, pengesanan kontak telah dijalankan dan ujian saringan Covid-19 mengesan empat kes baharu yang melibatkan tiga rakan sekerja dan seorang jiran. Punca jangkitan masih dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Vidyananthan berkata, jumlah kluster aktif di negeri ini adalah Kluster Meldrum (7 kes), Kluster Bayu (8 kes), Kluster Kempas (55 kes) dan Kluster Padang (6 kes).

Tambahnya, bagi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM), seramai 1,803 penghuni dan keluarga telah menjalani ujian saringan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Johor. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI