fbpx
YOUNG Syefura hadir IPD Sepang dipercayai bagi memberi keterangan berhubung gambar perkelahan yang didakwa tidak mematuhi SOP PKPB.

[KEMASKINI] Young Syefura hadir beri keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG – Ahli Dewan Undangan (ADUN) Ketari dari DAP, Young Syefura Othman hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, bagi memberi keterangan susulan laporan polis yang dibuat terhadapnya.

ADUN Pahang itu dilihat tiba di IPD Sepang pada pukup 9.15 malam ditemani lima orang rakan terdiri daripada dua wanita dan tiga lelaki.

Kehadiran wakil rakyat itu dipercayai selepas beliau sendiri menyatakan kesediaan untuk disiasat pihak berkuasa selepas gambar percutiannya bersama rakan di Avani Sepang Gold Coast Resort Bagan Lalang di sini tular di media sosial dan mengundang kecaman netizen kerana tidak mengamalkan prosedur operasi standard (SOP).

Usaha wartawan Kosmo! mendapatkan komen daripada Young Syefura gagal selepas beliau enggan memberi sebarang komen lanjut mengenai kehadirannya ke IPD Sepang.

Beliau hanya memberikan jawapan ringkas: “Nantilah saya jawab,”

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya mengesahkan kehadiran wakil rakyat Pahang itu di IPD Sepang.

Beliau berkata, ADUN itu dipanggil untuk diambil keterangan selepas dua laporan polis diterima pada pukul 5 petang tadi.

Katanya, polis akan menjalankan siasatan mengikut Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Terdahulu, UMNO Bahagian Sepang membuat laporan polis di IPD Sepang di sini hari ini selain turut mendesak Young Syefura meletak jawatan kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Sepang, Azwan Muhamad berkata, tindakan ADUN berkenaan adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab kerana beliau sebelum ini antara yang lantang menyelar menteri dan ahli politik lain yang melanggar SOP.

Kelmarin, tular di laman sosial gambar perkelahan ADUN itu bersama empat rakan lain di sebuah pantai di Avani Sepang Goldcoast Resort, Bagan Lalang yang didakwa tidak mengikut SOP PKPB.

Beliau kemudian dilaporkan memohon maaf setelah netizen menuduhnya melanggar prosedur operasi standard SOP PKPB yang berkuat kuasa di Selangor.

Gambar tersebut juga telah dipadamkan setelah tular di media sosial dan sebilangan netizen mendesak Young Syefura meletak jawatan sebagai wakil rakyat. -K! ONLINE

POPULAR