fbpx

Kes kembali tiga angka, empat kematian direkod

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
852 kes baharu dicatat hari ini.

PUTRAJAYA – Kes harian hari ini kembali kepada tiga angka dengan 852 kes dilaporkan menjadikan jumlah kes positif sebanyak 40,209 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, 13 kes import mendapat jangkitan dari luar negara membabitkan lapan warga Malaysia dan lima warga asing.

Menurutnya, mereka tiba dari negara Indonesia, Arab Saudi, Nepal, Maghribi, Emiriah Arab Bersatu, United Kingdom, Tukri dan Korea Selatan.

“Selain itu, terdapat pertambahan empat kes kematian hari ini di Sabah, Perak dan Pulau Pinang menjadikan sebanyak 286 kes kematian terkini.

“Dalam masa sama, sebanyak 825 kes pulih Covid-19 turut direkodkan menjadikan jumlah kes pulih sebanyak 28,234 kes di seluruh negara,” katannya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 94 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 32 kes memerlukan pernafasan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI