fbpx

Jogho bakal beraksi di pentas dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZULKIFLI memandikan Jogho di Kampung Keluat, Bachok.

BACHOK – Seekor lembu baka ‘Limousine’ seberat 1.6 tan dari daerah ini bakal mengegarkan pentas dunia apabila dipilih untuk mewakili Asia ke pertandingan lembu Limousine -Champion of The World tidak lama lagi.

Pemiliknya Zulkifli Yaakob, 51, berkata, pada pertandingan itu, Jogho bakal bersaing dengan lembu-lembu baka Limousine dari Perancis, New Zealand, Afrika dan banyak lagi.

“Menang atau kalah itu bukan persoalan utama buat saya. Apa yang penting ia merupakan rezeki.

“Sekurang-kurangnya mampu membawa nama daerah Bachok, Kelantan dan negara ke pentas dunia,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Keluat di sini hari ini.

Zulkifli berkata, dia tidak menyangka lembu yang dibela sejak dua tahun lalu itu dipilih untuk menyertai pertandingan tersebut.

Katanya, pemilihan Jogho dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar selepas menjalankan saringan ke seluruh negeri untuk mencari lembu sado terbaik.

“Kriteria pemilihan Jogho ini dilakukan berpandu kepada struktur tubuh, ketinggian, panjang, cantik dan sebagainya.

“Saya amat berharap Jogho mampu melakukan kejutan pada pertandingan itu nanti,” ujarnya yang sudah lebih sedekad membela lembu.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI