fbpx

Pisau dipercayai diguna bunuh Siti Nur Surya ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail menunjukkan anggota polis membuat penyiasatan di rumah Siti Nur Surya, lokasi di mana dia ditemui mati dipercayai akibat dibunuh. -Foto oleh PUQTRA HAIRRY

HULU TERENGGANU – Sebilah pisau dipercayai senjata digunakan dalam pembunuhan Siti Nur Surya Ismail, 19, sudah dijumpai polis.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata, senjata tajam itu ditemui di tepi Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) berhampiran Telemong di sini.

“Pisau dapur itu dipercayai telah dicampakkan suspek di lokasi ia ditemukan yang terletak kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian.

“Kita percaya senjata tajam tersebut diambil dari rumah mangsa (Siti Nur Surya),” katanya kepada pemberita.

Siti Nur Surya

Terdahulu beliau ditemui selepas mengetuai Operasi Bersepadu Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid-19 di Pasar Malam Kuala Berang di sini malam tadi.

Kosmo! Isnin lalu melaporkan Siti Nur Surya ditemui dalam keadaan tertiarap dengan pergelangan tangan kirinya putus di ruang tamu rumahnya di Kampung Lubuk Batu, Telemong di sini.

Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun yang juga rakan baik Siti Nur Surya telah ditahan selepas memberi keterangan di Balai Polis Telemong di sini sehari kemudian sebelum direman selama seminggu untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI