fbpx

Ledakan Fernandes lonjak United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
United kembali bangkit daripada keputusan mengecewakan dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah awal minggu ini dengan kemenangan 3-1 ke atas Everton. - Facebook Everton

LIVERPOOL – Pasukan Manchester United kembali berada di landasan kemenangan selepas dikritik hebat minggu ini apabila berjaya meraih keputusan 3-1 ke atas Everton dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Goodison Park sebentar tadi.

Pada perlawanan tersebut, skuad kendalian Ole Gunnar Solksjaer itu tersentak dengan gol pendahuluan pasukan tuan rumah yang dibimbing oleh Carlo Ancelotti selepas Bernard bijak menyudahkan peluang terhidang seawal minit ke-19.

Namun, The Red Devils memperkemaskan jentera serangan dan berjaya meraih gol penyamaan hasil ledakan perancang sensasi, Bruno Fernandes yang bijak menanduk masuk hantaran daripada Luke Shaw pada minit ke-25.

United meneruskan momentum serangan dan Fernandes meledak gol kedua peribadi berselang tujuh minit kemudian apabila rembatannya tidak dapat diselamatkan oleh penjaga gol The Toffees, Jordan Pickford.

Bersambung pada babak kedua, Everton berusaha untuk mencari gol penyamaan dan meraih beberapa peluang keemasan tetapi gagal disudahkan oleh jentera serangan yang diketuai Dominic Calvert-Lewin.

United akhirnya mengesahkan tiga mata penuh apabila pemain gantian, Edinson Cavani meledak gol pada masa kecederaan selepas menerima hantaran cantik daripada Fernades,

Keputusan 3-1 memastikan United meraih 10 mata dalam saingan EPL dengan tiga kemenangan selepas mengharungi tujuh perlawanan musim ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI