fbpx
Safee Sali turut berhasrat bawa jenama kejohanan ini ke luar bandar melalui siri jelajah ke seluruh Malaysi pada masa depan.

Malaysia tidak ketandusan pemain cilik berbakat – Safee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LEGENDA bola sepak negara, Safee Sali terkejut dengan kualiti individu yang ada pada pemain cilik sepanjang kejohanan MommyHana Safee Sali Superkids Cup 2026 yang berakhir secara rasmi, semalam.

Menurut Safee, peningkatan jumlah penyertaan dengan lebih 900 pemain cilik hadir menyertai kejohanan selama dua hari itu adalah petanda yang positif berbanding hanya 500 peserta pada tahun lalu.

“Saya terkejut kerana ada dalam kalangan besar pemain bola sepak cilik yang hadir ini boleh bermain secara matang. Saya harap kejohanan ini dapat dijadikan platform untuk mereka terukan progres selepas ini

“Selain itu, saya juga percaya negara kita tidak ketandusan bakat tetapi bakat pemain-pemain cilik ini perlu sentiasa dicungkil.

“Malah, ada tadi seorang pemain yang memikat mata saya apabila menunjukkan kualiti jaringan sangat baik,” katanya ketika ditemui di Stadium MP Ampang Jaya, semalam.

Edisi tahun ini menyaksikan penyertaan pasukan yang datang dari Pulau Pinang dan Pahang sekali gus membuktikan peningkatan terhadap pembangunan bola sepak akar umbi di seluruh negara.

Kejohanan ini mempertandingkan empat kategori utama iaitu Bawah 8 Tahun (U8), Bawah 10 Tahun (U10), Bawah 12 Tahun (U12) dan Bawah 14 Tahun (U14). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN