fbpx

Keluarga terjejas akibat Covid-19 perlu diberi sokongan -PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin menyampaikan ucapan sempena Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan 2020 secara virtual di Facebook Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hari ini.

PUTRAJAYA – Keluarga yang terjejas ekoran pandemik Covid-19 perlu diperkasa dan diberi sokongan bagi memulakan kehidupan baharu serta meneruskan kelangsungan hidup.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau menyedari tanggungjawab dan cabaran keluarga juga makin bertambah dalam meningkatkan penjagaan kesihatan keluarga selain memastikan kelangsungan pendidikan anak semasa di rumah serta penjagaan anak semasa bekerja.

Beliau berkata, dalam hal ini, sistem sokongan komprehensif memerlukan penglibatan semua pihak termasuk agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), swasta dan orang perseorangan untuk peduli keluarga dan saling membantu keluarga yang memerlukan bantuan.

“Keluarga yang terkesan diberi pelindungan, sokongan emosi dan khidmat kaunseling bagi membina semula kekuatan supaya lebih cekal dalam menghadapi cabaran pada masa akan datang.

“Saya difahamkan pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyediakan Talian 15999 secara 24 jam untuk khidmat sokongan dalam membantu menangani isu tekanan emosi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan 2020 secara virtual di Facebook Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hari ini.

Selain itu katanya, Inisiatif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara pula menyediakan Bantuan Khas Ibu Tunggal dan beliau percaya inisiatif-inisiatif itusedikit sebanyak membantu mengurangkan beban kewangan ibu tunggal.

“Kerajaan akan terus berusaha meringankan beban kos sara hidup rakyat dan menyediakan program perlindungan sosial yang komprehensif bagi memastikan golongan rentan dan berpendapatan rendah tidak tertinggal daripada arus pembangunan negara.

“Belanjawan 2021 yang dibentangkan turut memberi tumpuan khusus kepada inisiatif-inisiatif membantu golongan rentan yang terjejas dengan pandemik Covid-19,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI