fbpx

KBS akan teruskan program pembangunan sukan sedia ada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan meneruskan program-program pembangunan sukan sedia ada termasuklah pembangunan atlet wanita dan e-sports bagi tahun 2021 melalui peruntunkan RM55 juta yang diumumkan kerajaan semalam.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Sri Reezal Merican Naina Merican berkata, peruntukan RM55 juta itu memperlihatkan sebahagian daripada perencanaan yang telah dikemukakan KBS untuk memulakan program pembangunan atlet.

Katanya, KBS ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak kerajaan khususnya Kementerian Kewangan kerana memperuntukkan sebanyak RM55 juta bagi meneruskan program-program pembangunan sukan sedia ada.

“Ia termasuklah sukan hoki, ragbi, badminton dan berbasikal di samping program pembangunan atlet wanita dan e-sports bagi tahun 2021 nanti.

“Pengumuman tersebut memperlihatkan sebahagian daripada perencanaan yang telah dikemukakan oleh KBS untuk memulakan program pembangunan atlet bagi beberapa sukan teras yang lain seperti olahraga, akuatik renang, akuatik terjun, gimnastik, tenpin boling, skuasy dan golf,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Katanya, pengenalpastian sukan-sukan tersebut adalah berasaskan beberapa faktor di antaranya potensi untuk menyumbang pingat kepada negara di persada antarabangsa selain dari menawarkan bilangan acara dan pingat yang banyak. -K! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI