fbpx

Belanjawan 2021: Pengiktirafan buat penjawat awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali menyifatkan pembentangan Belanjawan 2021 merupakan satu bentuk pengiktirafan dan penghargaan buat semua penjawat awam.

Beliau yang mewakili penjawat awam menzahirkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada kerajaan di atas keprihatinan terhadap perkhidmatan awam dan penjawat awam.

“la merupakan satu bentuk pengiktirafan dan penghargaan buat Perkhidmatan Awam, bukan sahaja petugas barisan hadapan, tetapi juga keseluruhan penjawat awam yang telah memainkan peranan penting bukan sahaja untuk memutuskan rantaian Covid-19, tetapi juga dalam merancakkan semula pertumbuhan ekonomi yang terjejas akibat pandemik ini.

“Ini satu bentuk pengiktirafan dan penghargaan buat kepada semua penjawat awam,” ujarnya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Mohd. Zuki juga mengajak semua penjawat awam untuk sama-sama berganding bahu memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam norma baharu.

“Sama-sama kita mengembalikan semula kegemilangan negara yang kita cintai demi kesejahteraan rakyat kerana kita adalah benteng negara,” jelasnya.

Terdahulu, Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 bertemakan ‘Teguh Kita, Menang Bersama’ dibuat oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Parlimen hari ini.

Antara intipati Belanjawan 2021 termasuklah pembayaran secara ‘one off’ sebanyak RM500 kepada petugas kesihatan bagi menghargai jasa petugas barisan hadapan.

Kerajaan juga mengumumkan bantuan khas RM600 secara one-off kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI