fbpx

SPR edar kad pengundi kepada pengundi Batu Sapi.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meneruskan inisiatif penghantaran kad pengundi (voter’s card) kepada pengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P.185 Batu Sapi Sabah yang bermula hari ini.

Setiausahanya Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, penghantaran kad pengundi itu membabitkan
32,962 orang pengundi yang meliputi 31,152 orang pengundi biasa dan 1,810 orang pengundi awal.

Beliau berkata, usaha itu dilakukan bagi menggalak dan memudahkan pengundi yntuk keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) berkenaan.

“Kad pengundi itu mengandungi maklumat pusat mengundi, saluran mengundi, nombor bilangan pengundi, tarikh, masa pengundian dan cadangan masa keluar mengundi yang digalakkan.

“Maklumat tersebut akan memudahkan pengundi untuk keluar mengundi pada hari mengundi awal pada 1 Disember dan hari mengundi biasa pada 5 Disember.

“Kali ini, kami meletakkan maklumat ‘masa keluar mengundi yang digalakkan’ bagi setiap pengundi bagi mengelak pengundi berkumpul dalam jumlah yang ramai selain memastikan penjarakan fizikal,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, selepas menerima kad pengundi itu, pengundi tidak lagi perlu membuat semakan di Barung SPR untuk menyemak saluran dan nombor bilangan pengundi dalam daftar pemilih kerana kedua-dua maklumat berkaitan sudah dinyatakan dalam kad tersebut.

Ikmalrudin berkata, pengundi bagaimanapun masih perlu membawa kad pengenalan bagi pengesahan identiti untuk mengundi dan diingatkan supaya membawa voter’s card atau catatan maklumat daftar pemilih pada hari mengundi bagi memudahkan semakan.

Menurutnya, bagi mana-mana pengundi yang tidak menerima kad pengundi, mereka yang berkenaan boleh membuat semakan maklumat pengundian iaitu pusat mengundi, saluran dan nombor bilangan.

“Semakan boleh dibuat melalui portal SPR pengundi.spr.gov.my atau Aplikasi MySPR Semak atau melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) (SPR <jarak> SEMAK <jarak> NOMBOR KAD PENGENALAN hantar ke nombor 15888 atau menghubungi talian hotline SPR di 03-8892 7018,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI