fbpx

Pemandu lawan arus direman tiga hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandu lawan arus bermula di Hentian Rehat Senawang di kilometer 248, Lebuhraya Utara-Selatan (arah Utara), dekat sini, 2 November lalu kini ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan.

SEREMBAN – Gara-gara terputus hubungan dengan rakan yang menunggang motorsikal, seorang wanita sanggup memandu melawan arus dalam kejadian sejauh kira-kira lapan kilometer bermula di Hentian Rehat Senawang di kilometer 248, Lebuhraya Utara-Selatan (arah Utara), dekat sini, 2 November lalu.

Tindakan pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza itu membawa padah apabila dia ditahan reman selama tiga hari bermula semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim berkata, hasil daripada risikan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis (IPD) Seremban telah berjaya mengesan pemandu kenderaan berwarna merah berusia 24 tahun yang dipandu melawan arus di Lebuhraya Utara-Selatan dan suspek diminta hadir ke balai polis bagi membantu siasatan.

Menurutnya, suspek kemudiannya telah tampil ke IPD Seremban bersama penumpang dan kenderaan yang dipandu ketika kejadian.

“Hasil siasatan mendapati ketika kejadian suspek bersama seorang penumpang bergerak dari arah Johor Bharu menuju ke Kuala Lumpur.

“Apabila tiba di kawasan Hentian Rehat Senawang, suspek telah terputus hubungan dengan rakan yang menunggang motosikal yang bergerak bersamanya, lantas suspek bertindak membuat pusingan-U di lebuhraya tersebut dan memandu di lorong kecemasan sehingga ke susur Tol Pedas-Linggi (U) untuk mengesan penunggang berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Mohd Said berkata, kedua-dua pemandu dan penumpang kerata terlibat telah ditahan di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasan Trafik IPD Seremban.

Menurutnya, permohonan reman terhadap suspek dibenarkan selama tiga hari bermula semalam manakala penumpang telah diberi jamin polis.

“Ujian saringan awal air kencing terhadap suspek dan penumpang didapati negatif dadah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI