fbpx

Makanan kucing daripada protein serangga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR pada 2019 menunjukkan larva lalat black soldier fly. - AFP

ZURICH, Switzerland – Gergasi makanan Switzerland, Nestle melancarkan produk makanan kucing berasaskan protein serangga di bawah jenama Purina.

Nestle menyatakan hari ini bahawa perisa baharu berdasarkan ‘protein alternatif’ daripada serangga dan tumbuhan itu sebahagian usaha untuk menggunakan sumber planet Bumi dengan lebih baik.

“Rangkaian makanan kering Beyond Nature’s itu akan dijual di Switzerland pada bulan ini sebagai permulaan,” kata Nestle dalam satu kenyataan.

Rangkaian makanan tersebut turut merangkumi makanan anjing.

Antara ramuan yang digunakan termasuk protein serangga, ayam dan kacang fava.

“Protein serangga itu datang daripada larva lalat jenis black soldier fly yang telah digunakan dalam makanan haiwan di Eropah,” kata kenyataan sama. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI