fbpx

KPWKM buka empat PPS untuk mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rina (kiri) menyantuni sebahagian mangsa banjir di Dewan Orang Ramai Dengkil, semalam.

SEPANG – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) membuka sebanyak empat buah pusat pemindahan sementara (PPS) di Selangor dan Negeri Sembilan setakat ini.

KPWKM dalam satu kenyataan berkata, PPS di kedua-dua negeri itu menempatkan seramai 224 mangsa daripada 54 keluarga.

Katanya, bagi negeri Selangor, sebanyak tiga buah PPS masih dibuka yang melibatkan 138 mangsa daripada 35 keluarga.

“Antara keperluan asas yang disediakan oleh JKM bagi meringankan beban mereka yang terjejas ialah khemah, tikar, bantal, selimut, toto dan makanan,” katanya di sini hari ini.

Kenyataan itu berkata, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun turut berkesempatan melawat mangsa banjir di pusat pemindahan banjir, Dewan Orang Ramai Dengkil di sini yang dibuka semalam.

PPS itu menempatkan seramai 67 orang mangsa yang terdiri daripada 16 keluarga dari Kampung Cemperai, Dengkil.

Dalam lawatan itu, Rina mengingatkan mangsa dan petugas JKM untuk mematuhi prosedur operasi standard serta mengamalkan norma baharu seperti ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI