fbpx

Bapa pukul anak dengan kayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki memukul anak perempuannya menggunakan kayu membawa padah selepas dia ditahan polis semalam.

Tangkapan ke atas suspek berusia 41 tahun itu dibuat susulan pihak polis menerima laporan daripada seorang guru di sebuah sekolah rendah di Shah Alam pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, tindakan suspek terbongkar selepas guru berkenaan melihat mangsa berusia 12 tahun itu dipukul menggunakan kayu ketika melakukan pembelajaran secara online.

“Guru berkenaan mendakwa mangsa dipukul menggunakan kayu di bahagian belakang badan.

“Bertindak atas maklumat itu, kita menahan suspek di tempat letak kenderaan di Seksyen 8 di sini semalam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, hasil siasatan suspek mengaku memukul mangsa kerana mahu anaknya itu lebih peka dalam kelas online tersebut.

“Suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan dibebaskan dengan jaminan polis atas faktor kesihatan.

“Selain itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat memutuskan mangsa diserahkan kepada keluarganya selepas membuat beberapa penilaian,” ujarnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI