fbpx

Bikin Filem selongkar getir anak wayang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BIKIN FILEM masuk panggung Astro First bermula 5 November.

DI SEBALIK kejayaan dan kegemilangan sesebuah filem, terdirinya bakat-bakat kreatif yang sentiasa berusaha menghasilkan karya yang terbaik.

Hakikatnya, bukan sesuatu yang mudah untuk menghasilkan filem dan setiap proses tersebut kurang diketahui oleh orang ramai di luar sana.

Bagi memberi peluang kepada penonton untuk menyelami suka duka keadaan yang harus dihadapi pihak produksi hadapi, Astro Shaw bawakan sebuah filem terbaru, berjudul Bikin Filem yang akan mendedahkan realiti dalam pembikinan filem.

Filem komedi arahan Latiff Zami atau lebih dikenali sebagai Mohd Yeop Hitler akan terus berada di pawagam ‘rumah’, Astro First menerusi saluran 480 bermula 5 November ini.

Bukan sahaja menampilkan jalan cerita menghiburkan, Bikin Filem juga digerakkan barisan pelakon hebat tanah air seperti Sherry Alhadad, Azhan Rani, Amerul Affendi, Mark Adam, Azrel Ismail, Sharifah Sakinah, Scha Alyahya, Erra Fazira, Azhar Sulaiman, Zain Hamid, Jasmin Hamid, Syazwan Zulkifly, Kodi Rasheed, Kamarool Hj. Yusoff dan ‘Raja Dubsmash Malaysia’ Ucop,

Penerbit Bikin Filem, Mohamad Zubir Badarshair daripada Empire Film Solution berkata, penghasilan filem berkenaan tercetus kerana mahu khalayak melihat proses pembikinan sesebuah filem, dari awal sehinggalah ditayangkan di pawagam.

AKSI Scha dan Amerul Affendi dalam salah sebuah babak Bikin Filem.

“Penghasilan filem bukan mudah. Filem adalah sebagai medium hiburan kepada penonton, tetapi sejauh mana masyarakat mengetahui perjalanan sesebuah filem itu dihasilkan.

“Banyak cabaran yang terpaksa dilalui, seperti kewangan, keadaan cuaca dan melayan kerenah pelakon. Biarpun dilihat sebagai sebuah karya komedi, tetapi filem ini secara keseluruhannya memaparkan kisah sebenar yang dilalui oleh seorang penerbit.

“Kami yakin naskhah ini akan membuka mata lebih ramai pihak agar tidak memberikan kritikan yang keterlaluan terhadap sesebuah filem yang dihasilkan.

Realiti

“Hakikatnya, untuk menerbitkan sebuah filem memang sukar dan mereka yang melaluinya sahaja dapat memahaminya,” kata Zubir.

Bikin Filem bakal memaparkan kepada penonton warna-warni realiti serta cabaran di sebalik pembikinan sesebuah filem. Penonton sering melihat kandungan dan kualiti filem, tetapi apa yang tersirat di belakang kejayaan filem tersebut inilah insan-insan yang berusaha keras memastikan sebuah karya terbaik dihasilkan khas buat penonton dan industri.

PARA pelakon naskhah Bikin Filem yang masing-masingnya mempunyai karakter dan pesona tersendiri.

Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad pula berkata, berbeza dengan filem-filem yang pernah Astro bawakan, Bikin Filem dipersembahkan dalam bentuk santai bagi mengisi masa penonton untuk kekal berada di rumah.

Bikin Filem mengisahkan seorang bekas bintang filem terkenal dengan gosip-gosip liar, Khaty (Sherry Alhadad) yang ingin menerbitkan sebuah filem bertajuk Dendam Berbalas kerana baru bercerai.

Khaty ingin pengarah Rahim G (Azhan Rani) untuk mengarahkan filem tersebut. Namun, pelbagai cabaran dan insiden lucu mencuit hati berlaku sepanjang perjalanan pihak produksi menjayakan filem tersebut. Malah setiap kru, barisan pelakon dan pengarah mempunyai macam-macam kerenah dan ragam ters

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI