fbpx

[VIDEO] Sungai Gong dicemar lagi, 2 beranak mengaku tidak salah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua beranak, Kin Sang (tiga dari kiri) bersama Wern Teik (kanan) mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan melakukan khianat dengan melepas dan melupuskan bahan buangan ke Sungai Gong, Rawang di Mahkamah Sesyen Selayang di sini, hari ini. - Foto oleh FARIZ RUSADIO

SELAYANG – Dua beranak yang merupakan pengarah syarikat membaiki dan menjual jentera pembinaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan melakukan khianat dengan melepaskan dan melupuskan bahan buangan tanpa lesen ke Sungai Gong, Rawang.

Kedua-dua tertuduh iaitu Chai Kin Sang, 62, dan anak lelakinya, Chai Wern Teik , 31, membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Maziah Joary Mohd. Tajuddin.

Mengikut pertuduhan pertama, kedua-dua tertuduh didakwa dengan niat bersama telah melakukan khianat dengan menyebabkan buangan yang mengandungi bahan berbahaya dari FG Autoparts Sdn. Bhd.

Bahan berbahaya itu dilupuskan ke dalam alur air yang akan mengalir ke dalam Sungai Gong, Rawang dengan mengetahui bahawa ia akan mungkin akan menyebabkan susut bekalan air bagi maksud minuman manusia.

Berita berkaitan https://www.kosmo.com.my/2020/10/22/pencemaran-sungai-selangor-2-beranak-antara-8-yang-direman-tujuh-hari/

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34  yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 30 tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pertuduhan kedua, mereka didakwa  niat bersama didakwa melepaskan bahan buangan mengandungi bahan berbahaya dari premis sama ke dalam alur air yang akan mengalir ke sungai sama tanpa lesen.

Bagi kesalahan tersebut pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 25(1) dan boleh boleh dihukum dibawah Seksyen 25(3) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan denda maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di premis di Lot 16273 Jalan Sungai Bakau, Batu Arang Rawang di sini antara 17 hingga 19 Oktober lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI