fbpx

Shahrul Nazeem sedia beri impak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAHRUL NAZEEM mengakui bukan mudah untuk bersaing dengan pemain-pemain import Selangor, namun sedia tampil cemerlang jika diberi peluang pada aksi Piala Malaysia nanti.

PASUKAN Selangor semakin ghairah untuk mendakap trofi Pia­la Malaysia buat kali ke-34 apabila menaikkan pangkat beberapa pemain muda dan seorang import daripada kelab feeder, Selangor II dalam skuad utama Gergasi Merah menjelang aksi pusingan pertama Piala Malaysia minggu ini.

Difahamkan, skuad Selangor yang dikendalikan oleh ketua jurulatih interim dari Jerman, Michael Feichtenbeiner telah mengarahkan lima pemain muda skuad Selangor II untuk diserapkan ke dalam skuad utama, selain seorang pemain import dari Kosovo, Bejram Nebihi.

Lima pemain terbabit ialah Shahrul Nazeem Zulpakar, Alif Haikal Mohd. Sabri, Ahmad Zikri Khalili, Mukhairi Ajmal dan Ahmad Danial Ahmad Asri.

Shahrul Nazeem yang juga ­kapten skuad Selangor II me­ngakui sangat teruja apabila diberi kepercayaan untuk diserap masuk ke dalam skuad utama, tetapi percaya semua pemain perlu bekerja keras dalam usaha merebut tempat dalam kesebelasan utama nanti.

“Jika diberikan peluang untuk bermain pada Piala Malaysia nanti, sudah tentu saya akan buat yang terbaik. Namun, buat masa ini perlu bekerja keras untuk memikat hati jurulatih dengan membuktikan kemam­puan saya pada sesi latihan,” kata Shahrul Nazeem semalam.

Sementara itu, Nebihi yang beraksi di posisi tengah mengakui bukan mudah untuk bersaing dengan pemain-pemain import Selangor sedia ada seperti Sandro da Silva, Rufino Segovia dan Ifedayo Olusegun tetapi peluang untuk berada dalam kesebelasan utama tetap terbuka.

“Saya pasti jurulatih sudah tahu kualiti yang boleh saya berikan dan buat masa ini, saya fokus menjalani latihan. Jika diperlukan pada hari perlawanan nanti, sudah tentu saya bersedia dari segi mental dan fizikal kerana Piala Malaysia adalah kejohanan berprestij,” katanya.

Skuad Gergasi Merah telah diundi bertemu dengan Melaka United pada pusingan pertama Piala Malaysia di Stadium Hang Jebat, Melaka pada Ahad ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI