fbpx

Kedah akui berdepan laluan sukar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AIDIL mengakui tidak tahu sejauh mana kekuatan pasukan Sabah menjelang aksi di Stadium Darul Aman malam ini.

Oleh MOHD RAFIE AZIMI

KETIKA banyak pihak mula mencongak akan laluan berliku dihadapi Kedah dalam saingan Piala Malaysia, jurulatih Helang Merah, Aidil Sharin Sahak kelihatan lebih tenang dalam mempersiapkan anak-anak buahnya berdepan kesukaran itu.

Menurut pengendali berusia 43 tahun itu, beliau sejak dari awal sudah menjangkakan pasukannya tidak berdepan laluan mudah tanpa mengira siapa pun yang akan dihadapi dalam kejohanan berprestij berkenaan nanti.

“Dalam setiap kejohanan melibatkan sistem kalah mati, keadaannya sentiasa menjadi lebih sukar kerana pasukan terlibat akan bermati-matian pada setiap perlawanan bagi memastikan mereka tidak tersingkir awal.

“Kami telah diundi bertemu Pahang yang juga sebuah pasukan kuat dan sudah tentu kami perlu memberi yang terbaik untuk berdepan mereka,” katanya di Alor Setar semalam.

Sekiranya menang ke atas Pahang, Kedah dijadualkan untuk menentang pemenang antara Selangor dan Melaka pada suku akhir.

Mengulas lanjut katanya, usa­ha ditunjukkan pihak pe­ngurusan dalam menghargai pemain terutamanya dengan menyelesaikan tunggakan gaji diakui meningkatkan lagi moral pasukan.

“Sebelum ini pasukan dibawa ke Pulau Langkawi sebagai salah satu bentuk penghargaan. Namun, kami tidak boleh berasa selesa atau menganggap hanya perkara yang baik-baik akan datang kepada pasukan ini dalam perlawanan mendatang.

“Kami tetap perlu berusaha lebih keras dan memberikan yang terbaik.

“Tiada sasaran ditetapkan buat masa ini dengan kami hanya akan memberi fokus kepada satu demi satu perlawanan untuk melangkah lebih jauh,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI