fbpx

UM siasat kenyataan UMANY

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Universiti Malaya

PETALING JAYA – Kenyataan yang dikeluarkan persatuan mahasiswa, Persatuan Pemuda Baharu Universiti Malaya (UMANY) mengenai institusi diraja tidak menggambarkan pendirian Universiti Malaya (UM).

Dalam satu kenyataan, UM berkata, pihaknya memandang serius satu hantaran bertajuk ‘Yang di-Pertuan Agong Tidak Sepatutnya Campur Rangan dalam Hal-Ehwal Negara’ yang telah dimuat naik badan itu.

“Ditegaskan di sini bahawa UM menjunjung dan menghormati institusi beraja. Oleh yang demikian, Pengurusan Tertinggi Universiti mengutuk sebarang kenyataan yang melanggar atau bertentangan dengan prinsip tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, pihaknya akan menyiasat lanjut mengenai isu ini dengan segera.

Kelmarin, UMANY membuat hantaran yang menyatakan Yang di-Pertuan Agong tidak boleh masuk campur hal-ehwal pentadbiran negara, sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Bagaimanapun, hantaran itu telahpun dipadam pihak pentadbir laman tersebut. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI