fbpx

PBT perlu tegas pantau operasi pusat hiburan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu bertindak lebih tegas dalam memantau operasi kelab malam khususnya di kawasan terlibat Perintah Kawalan Pegerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, peranan itu perlu dimainkan PBT susulan mereka bertanggungjawab mengeluarkan lesen kepada pusat hiburan terbabit.

“Saya harap ada tindakan tegas terhadap operasi pusat hiburan kerana setiap hari ada kes tangkapan PKPB melibatkan pusat hiburan walaupun ia disenaraikan sebagai senarai terlarang.

“Bukan sahaja polis perlu memantau operasi itu, malah penutupan pusat hiburan harus dilakukan PBT kerana mereka merupakan agensi yang mengeluarkan lesen,” katanya pada sidang akhbar menerusi Facebook Live Kementerian Pertahanan di sini tadi.

Dalam perkembangan lain, polis menahan sebanyak 485 individu ekoran ingkar arahan yang ditetapkan pihak berkuasa sepanjang PKPB.

“Daripada jumlah itu, seramai 480 individu telah dikompaun manakala lima orang lagi direman.

“Antara kesalahan ingkar PKPB termasuklah tidak memakai pelitup muka (162), penjarakan fizikal (123), gagal menyediakan peralatan merekod butiran (79), aktiviti pusat hiburan (25), operasi lebih masa (13) dan lain-lain (83),” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI