fbpx

GKP: Kemas kini maklumat akaun bank bagi status gagal kredit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Pemohon Geran Khas Prihatin (GKP) 1.0 yang lulus dan status pembayaran adalah gagal kredit boleh mengemas kini semula maklumat akaun bank di menu kemas kini akaun bank pada portal GKP di https://gkp.hasil.gov.my mulai esok sehingga 14 November depan.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkata, pemohon perlu memastikan akaun bank yang dikemas kini adalah aktif dan menggunakan nombor akaun simpanan peribadi pemohon.

“Mereka juga boleh memberikan nombor akaun semasa peribadi dan bukan akaun bank semasa syarikat.

“Tarikh pembayaran semula ke akaun bank yang telah dikemas kini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh diajukan kepada LHDN melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 atau 03-8911 1100 (Luar Negara) serta di HASiL Live Chat.

Pertanyaan juga boleh diajukan melalui borang maklum balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.

Kosmo! sebelum ini melaporkan para peniaga mikro yang layak dan masih belum menerima bantuan GKP sebanyak RM3,000 diminta segera membuat permohonan selewat-lewatnya 31 Oktober ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI