fbpx

Lampard kagum aksi cemerlang Ziyech

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZIYECH tampil dengan aksi cemerlang ketika membantu Chelsea menewaskan Krasnodar 4-0 pada aksi Liga Juara-Juara awal pagi semalam.

KRASNODAR, Rusia – Pe­ngurus Chelsea, Frank Lampard teruja dengan penampilan pemain baharunya, Hakim Ziyech selepas bintang Maghribi itu meledak jaringan ketika membantu pasukannya membelasah Krasnodar 4-0 dalam saingan Liga Juara-Juara awal pagi semalam.

Lampard mengakui Ziyech tidak gugup malah tenang me­ngendali pasukan tersebut sebelum menjaringkan gol pada minit ke-79 selepas melakukan empat percubaan tepat.

Sebelum ini, Ziyech mengalami kecederaan ketika bersama Chelsea dalam aksi pramusim dan hanya beraksi sebagai pemain gantian sebanyak tiga kali sejak perpindahannya daripada Ajax.

“Ziyech berusaha dengan amat gigih untuk kembali cergas dan saya teruja untuk melihat kualitinya dalam pasukan ini.

“Dia (Ziyech) turun dengan kualiti sebenar dan tenang ketika berada di atas padang. Dia layak untuk memperoleh gol. Persembahannya sangat baik meskipun ini kali pertama dia diturunkan sepenuh masa. Kali terakhir dia main sepenuh masa pada Mac lalu di Belanda.

“Kecederaannya sebelum ini mengecewakannya. Tetapi apa yang saya lihat ketika berlatih dan apa yang saya tahu kami menandatangani seorang pemain berkualiti.

“Mungkin di luar sana sudah lupa kita membawa masuk Ziyech pada Januari lalu dan dia terlepas untuk beraksi pada awal musim tetapi malam ini dia me­nunjukkan aksi sebenar.

Ziyech menyertai Chelsea dari­pada Ajax dengan perpindahan bernilai £37 juta (RM199.66 juta) pada musim panas tetapi terlepas saingan awal musim kerana kecederaan lutut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI