fbpx

Kilang makanan punca alur Sungai Balak tercemar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai JAS mengambil sampel efluen yang mengalir ke Sungai Balak.
Nor Aziah

KUALA LUMPUR – Pencemaran minyak hitam di alur sungai di Jalan KB1/9 Kampung Baru Balakong, Serri Kembangan berhampiran Sungai Balak di Kajang pada Selasa lalu berpunca daripada sebuah kilang berasaskan makanan.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor, Nor Aziah Jaafar berkata, pemeriksaan di kilang yang terletak kira-kira 300 meter dari kawasan pencemaran itu mendapati, terdapat pelepasan air berwarna putih sedang berlaku melalui saluran paip bawah tanah menuju ke Sungai Balak.

Menurutnya, siasatan juga mendapati efluen mentah dan lelehan minyak hitam didapati mengalir ke dalam longkang kilang dan seterusnya memasuki satu saluran paip bawah tanah yang terus ke Sungai Balak.

“JAS Selangor telah menjalankan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38(1)(a) yang mana operasi pengeluaran kilang diberhentikan serta-merta sehingga tindakan pembaikan diambil oleh pihak kilang.

“Pihak kilang juga diarahkan untuk melakukan kerja-kerja penutupan saluran haram ke Sungai Balak dan menjalankan kerja-kerja pembersihan sungai yang telah tercemar,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut Nor Aziah berkata, kertas Siasatan telah dibuka untuk pendakwaan di mahkamah bagi kesalahan-kesalahan di bawah Seksyen 25 (1) dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974.

Tambahnya, sebanyak tiga sampel diambil dan telah dihantar ke Jabatan Kimia dan keputusan analisis dijangka diperolehi dalam masa terdekat.

Kosmo! semalam melaporkan, jutaan penduduk Lembah Klang nyaris sekali lagi terputus bekalan air apabila alur sungai di Jalan KB1/9 Kampung Baru Balakong, Seri Kembangan, Kajang dicemari sisa minyak hitam.

Namun, tindakan pantas Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) berjaya menghalang sisa minyak hitam itu daripada mengalir ke Sungai Balak dan seterusnya ke Sungai Langat yang menjadi sumber air mentah kepada Loji Rawatan Air (LRA) Semenyih 2, LRA Labohan Dagang dan LRA Bukit Tampoi.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI