fbpx

Amirudin mahu isu air diselesaikan secara menyeluruh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM- Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menyarankan agar Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) dan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bekerjasama rapat dalam menyelesaikan kesemua masalah air yang berlaku di negeri ini.

Menurut beliau, ini termasuk memastikan masalah berkaitan pencemaran air dan kebocoran paip lama dapat diselesaikan secara menyeluruh demi kemudahan penduduk negeri ini.

Katanya, pihaknya mendapati pelbagai cadangan namun perlu diperhalusi untuk keadilan dan kebaikan semua pihak.

“Saya mahu Air Selangor dan LUAS bekerjasama dengan lebih rapat untuk selesaikan masalah pencemaran air dan kebocoran paip.

“Memang mudah untuk orang salahkan pihak tertentu tapi, sebagai pemimpin kerajan negeri saya mesti selesaikan masalah ini,” katanya pada Taklimat Pelan Perancangan Penyelesaian Masalah Bekalan Air di Sungai Selangor dan Semenyih di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini, hari ini.

Dalam perkembangan sama, beliau menjelaskan kerajaan negeri terpaksa menanggung beban hutang yang tinggi sekiranya meminjam dana daripada mana-mana pihak untuk menyelesaikan isu air itu.

“Berikutan itu, kerajaan negeri ada mencadangkan kepada Air Selangor untuk menerbitkan sukuk bernilai RM10 billion bagi menjana wang tersebut berbanding meminjam daripada mana-mana pihak,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI