fbpx

Covid-19: UUM batal Majlis Konvokesyen Ke-33

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UUM membatalkan Majlis Konvokesyen Ke-33 bagi tahun ini ekoran pandemik Covid-19

SINTOK – Universiti Utara Malaysia (UUM) membuat keputusan untuk membatalkan Majlis Konvokesyen Ke-33 bagi tahun ini berikutan penularan wabak Covid-19.

Jabatan Hal Ehwal Akademik (HEA) UUM dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, pembatalan majlis itu dibuat setelah mengambil kira nasihat dan saranan Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sehubungan itu, katanya, para graduan diminta melayari laman web rasmi jabatan HEA bermula 5 November depan bagi mendapatkan maklumat mengenai kaedah memperolehi transkrip dan ijazah masing-masing.

“Pihak pengurusan UUM prihatin mengenai perkembangan terkini penularan Covid-19 berdasarkan laporan semasa daripada MKN dan KKM.

“Oleh itu, pihak pengurusan UUM mengambil tindakan pengawalan dan pencegahan serta menekankan pelaksanaan prosedur operasi standard demi kesihatan dan keselamatan seluruh warga universiti serta masyarakat setempat,” katanya.

Sementara itu, dalam satu kenyataan berbeza, Naib Canselor UUM, Datuk Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani berkata, kejayaan UUM meletakkan subjek utama universiti iaitu perniagaan dan ekonomi di tangga 251 hingga 300 terbaik dunia dalam Times Higher Education (THE) World University Rankings by Subjects 2021 merupakan pencapaian yang amat dibanggakan.

Menurut beliau, pencapaian itu mencerminkan kekuatan UUM dalam subjek tersebut walaupun UUM merupakan universiti pengurusan.

Sebelum ini subjek perniagaan dan ekonomi UUM berada di kedudukan 401-500 bagi tempoh dua tahun berturut-turut pada 2019 dan 2020.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI