fbpx

Agong ucap selamat menyambut Maulidur Rasul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul.

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul 2020/1442H kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam.

Yang di-Pertuan Agong bertitah, Rasulullah S.A.W merupakan pemimpin terbaik sepanjang zaman yang patut dicontohi setiap umat Islam.

“Marilah kita bersama mencontohi sikap dan sunnah Rasulullah S.A.W dalam kehidupan harian kita. Marilah kita juga bersama memperbanyakkan salawat ke atas Baginda S.A.W,” titah baginda seperti disiarkan di laman media sosial Instagram Istana Negara hari ini.

Yang di-Pertuan Agong seterusnya bertitah semoga seluruh umat Islam beroleh syafaat Nabi Muhammad S.A.W di padang Mashyar kelak.

Al-Sultan Abdullah memetik Firman Allah Surah al-Ahzaab, ayat 56 yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW), wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI