fbpx

Tiga kampung di Kudat dikenakan PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Tiga kampung di daerah Kudat, Sabah akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Jumaat ini sehingga 12 November depan.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tiga kampung tersebut adalah Kampung Pengaraban, Tanjung Kapor dan Kampung Landung Ayang.

Beliau berkata, PKPD bagi ketiga-tiga lokaliti ini merangkumi sebanyak 2,393 unit
rumah yang melibatkan seramai 13,884 orang penduduk.

“Mengambil kira peningkatan kes di ketiga-tiga lokaliti ini dan atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM), sidang khas hari ini bersetuju untuk melaksanakan PKPD di kawasan berkenaan.

“Prosedur operasi standard (SOP) PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini dan kedai runcit dibenarkan beroperasi dari pukul 6 sehingga 6 petang bagi memberi peluang kepada
penduduk membeli barang keperluan asas,”katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI