KUDAT – Pasangan suami isteri ditemui rentung dalam kebakaran membabitkan rumah dua tingkat di Kampung Lausan, Batu 4 malam tadi.
Mangsa yang juga warga emas lelaki berusia 74 tahun dan isterinya 73 tahun ditemui dalam bilik tidur.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat, Darikson Galanang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 11.58 malam sebelum 10 anggota bersama jentera digerakkan ke lokasi kejadian.
”Sebaik pasukan bertugas tiba, anggota mendapati sebuah rumah dua tingkat itu sudah terbakar 100 peratus. Operasi memadam kebakaran berdepan kesukaran berikutan laluan sempit termasuk sebuah jambatan kecil serta kedudukan wayar elektrik rendah yang menghalang pergerakan jentera bomba ke lokasi kejadian.
”Bagaimanapun, kebakaran dapat dikawal sepenuhnya pada pukul 1.30 pagi. Mangsa pertama dikeluarkan pada pukul 2 pagi, manakala mangsa kedua dikeluarkan kira-kira pukul 3.50 pagi,” katanya di sini hari ini.-KOSMO ONLINE
Suami isteri ditemui rentung dalam bilik tidur
- Oleh IVAN AMIRUL
- 24 Januari 2026, 9:54 am
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERKINI
BERITA BERKAITAN

Najib keluar 8 jam, jalani rawatan, pengajian al-Quran
13 November 2026, 11:39 pm

Pedang Darth Vader dilelong RM20.4 juta
13 November 2026, 11:32 pm

PRN Melaka: BN diramal menang 24 kerusi esok
13 November 2026, 10:16 pm

Hilang tak sampai 24 jam, wanita ditemukan lemas di Sungai Johor
13 November 2026, 8:58 pm

Perantau Melaka ‘makan asap’ nak balik mengundi
13 November 2026, 8:37 pm

Harimau Malaya tetap membara berdepan China
13 November 2026, 8:27 pm

5,632 guru CoS sudah terima tawaran lantikan tetap
13 November 2026, 8:10 pm

Anak dicubit guru Prinsip Akaun, Fadlina jamin siasat segera
13 November 2026, 6:47 pm








