fbpx

Polis kesan penduduk Temco larikan diri guna laluan tikus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail menunjukkan penduduk Temco di Jalan Emas 31 dan 32, Taman Sungai Emas, Kuala Langat menerima bekalan makanan daripada sebalik kawasan berduri yang dipasang di kawasan tersebut . FOTO : ZULFADHLI ZAKI

KUALA LANGAT – Polis akan mengesan segelintir penduduk di Flat Sungai Emas dan perumahan teres Jalan Emas 31 dan 31, Taman Sungai Emas di sini yang sempat melarikan diri menggunakan jalan tikus sebelum Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan secara bersasar (Temco) dijalankan di kawasan tersebut.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, bagaimanapun jumlah itu kecil berikutan hanya terdapat satu jalan utama sahaja memasuki kawasan ini yang telah dikenakan sekatan jalan raya berikutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

“Penduduk yang lari ini mungkin takut berhadapan bahawa dia akan mengenai Covid-19 tersebut.

“Kita akan mengesan mereka dan mereka perlu sedar bahawa saringan ini penting dalam mengekang penularan Covid-19 selain proses saringan adalah percuma berbanding di luar yang dikenakan bayaran antara RM300 hingga RM400,” katanya pada sidang akhbar di Temco berkenaan hari ini.

Temco yang berkuatkuasa pada pukul 12.01 tengah malam tadi melibatkan 300 anggota pasukan Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Mengulas lanjut, Azizan berkata, Temco selama 14 hari yang dijalankan dua kawasan tersebut dipercayai lebih mudah berikutan 99 peratus daripadanya merupakan warga tempatan dan selebihnya warga asing yang mempunyai majikan.

“Setakat ini, tiada cubaan melarikan diri dikesan dilakukan oleh penduduk dengan kawalan ketat sentiasa dilakukan oleh pihak berkuasa,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI