fbpx

PKR terbuka bekerjasama dengan mana-mana ahli politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan kesediaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk bekerjasama dengan mana-mana ahli politik.

Katanya, ia selaras dengan peringatan dan penegasan Raja-Raja Melayu berkenaan penyalahgunaan kuasa dan prinsip keadilan yang tidak harus dipandang enteng.

Bahkan, titah penegasan itu harus didukung oleh semua pihak yang punya kesedaran dan kejituan dalam menolak kebobrokan.

“Keadilan akan terus memperjuangkan agenda reformasi berpaksikan prinsip keadilan dan kesejahteraan untuk seluruh rakyat Malaysia.

“Kami sedia bekerjasama dengan mana-mana ahli politik yang mendambakan sebuah tatanan yang bebas daripada rasuah dan penyalahgunaan kuasa serta mengangkat politik nilai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu keluar sehari selepas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan mencadangkan parti UMNO bekerjasama dengan Anwar dengan bersyarat.

Menurut Ahli Parlimen Port Dickson itu, sebarang usaha mengembalikan mandat rakyat mestilah berpaksikan keutamaan mempertahankan maruah bangsa dan negara tanpa menggadaikan prinsip perjuangan dan idealisme.

Dalam pada itu, Anwar berkata, Bajet 2021 yang akan dibentang kelak harus melibatkan usaha dan peranan kedua-dua pihak iaitu kerajaan dan pembangkang dalam merancang strategi menangani kesan pandemik Covid-19, pengangguran dan masalah kemiskinan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI