fbpx

Usaha sama Funding Societies, TMIM tawar pembiayaan digital kepada PKS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Funding Societies Malaysia (Funding Societies) telah bekerja sama dengan TM Info-Media Sdn. Bhd. (TMIM), anak syarikat Telekom Malaysia, untuk menawarkan penyelesaian pembiayaan perniagaan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana tempatan (PKS) yang sering terabai dan tidak dibantu.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif, Funding Societies Malaysia, Wong Kah Meng berkata, kerjasama ini akan menyediakan usahawan kepada akses yang lebih meluas kepada penyelesaian-penyelesaian pembiayaan digital.

Menurut beliau, penyelesaian ini akan membantu mengembangkan perniagaan serta memastikan kelestarian PKS dan menyediakan pilihan pem­biayaan yang penting untuk usahawan sedia ada dan baharu.

“Penyelesaian ini bakal menawarkan pelbagai jenis produk pembiayaan khusus atau direka khas kepada sejumlah 70,000 PKS yang tersenarai dalam platform Yellow Pages,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif, TMIM, Sean Koh Chin Soon menjelaskan, pihaknya teruja untuk bekerjasama dengan Funding Societies dalam memperkasakan perniagaan tempatan menerusi penyelesaian kewangan.

Jelas beliau, pembiayaan ini merupakan penyelesaian pem­biayaan digital yang kian mencatat permintaan tinggi sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Tambah beliau, pendekatan yang moden dan proses yang pantas dapat menyelesaikan kerumitan pembiayaan tradi­sional.

Faktor-faktor seperti keperluan cagaran, keperluan dokumentasi berlebihan, tempoh aplikasi yang panjang dan syarat-syarat minimum yang tinggi menjadi penghalang untuk perniagaan kecil mendapatkan bantuan kewangan segera.

“Menerusi kerjasama ini, perniagaan yang berkelayakan di platform Yellow Pages boleh memohon bantuan kewangan daripada Funding Societies tanpa perlu berkunjung ke mana-mana cawangan fizikal,” jelasnya.

Tambah Chin Soon, PKS yang berkelayakan boleh menikmati manfaat kewangan daripada Funding Societies.

Katanya, ini termasuk poto­ngan diskaun yuran pempro­sesan, pembayaran cepat dengan kelulusan pantas dalam tempoh lima hari bekerja, tempoh yang fleksibel sehingga 18 bulan, tiada cagaran dan hanya memerlukan dokumen minimum.