fbpx
Timbalan Pengarah Risikan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Polis (SAC) Willie Anak Richard (tengah) bersama Pegawai Penyiasat, Tereance Gabrill (kanan) menunjukkan antara barangan rampasan pada sidang akhbar tangkapan sindiket penipuan pelaburan saham atas talian di Menara KPJ di sini, hari ini.

Sindiket China kerap pindah pusat operasi elak dihidu polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Taktik kerap memindahkan pusat operasi dari satu lokasi ke lokasi lain bagi menjalankan kegiatan penipuan pelaburan saham online yang didalangi warga China terbongkar selepas polis menahan 12 suspek warganegara itu pada Jumaat lalu.

Serbuan pukul 11 pagi di sebuah hotel mewah di Lembah Klang turut mendedahkan sindiket tersebut aktif menjalankan kegiatan haram itu sejak September 2019.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, hasil siasatan mendapati sindiket kerap berpindah dari satu lokasi ke lokasi lain bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Katanya, sindiket menjadikan kondominium mewah dan hotel di sekitar Lembah Klang sebagai pusat aktiviti mereka.

“Dalam serbuan itu, kita menahan 10 lelaki dan dua wanita warga China berusia lingkungan 23 hingga 37 tahun.

“Hasil siasatan mendapati sindiket mempromosikan dan mempengaruhi pelabur mengenai saham tersebut berdasarkan skrip yang dibuat oleh ketua sindiket,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, sindiket mensasarkan rakyat China sebagai mangsa dan semua promosi itu dibuat melalui aplikasi WeChat.

Jelas beliau, ahli sindiket akan mewujudkan satu grup WeChat bagi menunjukkan keadaan pasaran saham sebelum mempengaruhi mangsa membuat pelaburan dalam skala besar.

“Semua transaksi dibuat secara online membabitkan matawang China dan 40 peratus daripada keuntungan saham pelabur akan diberikan kepada sindiket di pusat operasi setiap hujung tahun.

“40 peratus daripada keuntungan itu digunakan ketua sindiket untuk membayar sewa hotel, kondominium yang dianggarkan RM9,000 hingga RM13,000 setiap bulan,” ujarnya.

Tambahnya, pembabitan orang tempatan dalam dalam sindiket itu hanya sebagai orang tengah dalam menguruskan logistik dan penempatan mereka. – K! ONLINE