fbpx

Maut rempuh belakang lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa yang tersepit di bahagian pemandu berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba namun disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai Kementerian Kesihatan yang berada di lokasi.

PETALING JAYA – Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya merempuh bahagian belakang sebuah lori yang sedang melakukan kerja-kerja pembersihan jalan raya di Bandar Utama Damansara berhampiran sebuah pusat beli-belah di sini awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 5.54 pagi sebelum bergegas ke lokasi.

“Seramai enam anggota dan seorang pegawai bomba bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Damansara telah dikejarkan ke lokasi dan tiba kira-kira lapan minit kemudian.

“Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Honda Accord dipandu seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun yang telah merempuh bahagian belakang sebuah lori yang sedang melakukan kerja-kerja pembersihan jalan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, susulan rempuhan itu, mangsa yang menetap di Medan Batu Caves, Selangor telah tersepit di bahagian pemandu serta mengalami kecederaan parah.

“Anggota bertugas kemudiannya membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit namun lelaki berkenaan disahkan telah meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan yang turut berada di lokasi.

“Pemandu beserta lapan pekerja kontrak yang berada di dalam lori ketika kemalangan berlaku bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan dan telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut,”ujarnya.

Jelas beliau, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI