fbpx

Geng samun bank tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan (dua dari kanan) menunjukkan parang yang digunakan ahli Geng Samun Bank dalam sidang akhbar di IPK Johor hari ini. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Kegiatan kumpulan penjenayah warganegara Indonesia dikenali sebagai Geng Samun Bank lumpuh apabila empat ahlinya diberkas di sebuah rumah di Kampung Melayu Majidee, di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, suspek yang diberkas itu berusia 25 hingga 51 tahun terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita.

Katanya, mereka ditahan kira-kira enam jam selepas melakukan kegiatan samun terhadap seorang ahli perniagaan dengan melarikan RM242,000 pada hari yang sama.

“Ahli perniagaan warganegara China berusia 50 tahun itu disamun oleh dua lelaki Indonesia bersenjatakan parang selepas mangsa keluar daripada bank pada pukul 1.45 petang di Taman Nusa Bestari, Skudai.

“Hasil risikan dan maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri bersama Bahagian Siasatan khas Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor telah membuat serbuan ke atas sebuah rumah di Kampung Melayu Majidee pada pukul 7.45 malam,” katanya pada sidang akhbar di IPK Johor di sini hari ini.

Menurutnya dalam serbuan itu, polis turut merampas tujuh unit telefon bimbit, dua bilah parang, 12 keping nombor plat palsu dan merampas wang tunai RM26,280

Modus operandi digunakan kumpulan Samun Geng ini ialah mensasarkan individu yang berpakai kemas dan berkereta mewah ke bank sebelum mengekori mangsa menggunakan kereta sewa dengan nombor plat palsu.

Kesemua empat suspek yang ditahan itu ditahan reman selama tujuh hari bermula Jumaat lalu bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan (melakukan samun sehingga menyebabkan kecederaan). – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI