fbpx

Agrobank lulus 9,101 permohonan untuk R&R

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Agrobank telah meluluskan sebanyak 9,101 permohonan untuk pen­strukturan dan penjadualan se­mula (R&R) bagi kemudahan pem­biayaan daripada pelanggan­nya.

Penanggung Tugas Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutifnya, Khadijah Iskandar berkata, ia merangkumi permohonan daripada pelanggan komersial, pengguna dan mikro yang memohon sokongan kewangan tambahan untuk meredakan aliran tunai impak daripada penularan wabak Covid-19.

“Agrobank terus komited untuk memberikan sokongan kepada pelanggan kami dalam waktu yang mencabar ini.

“Bagi pelanggan yang masih menghadapi kesukaran untuk membayar ansuran bulanan mereka, Agrobank akan terus menawarkan bantuan pembayaran balik dan menerima permohonan sehingga Jun 2021,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Khadijah menjelaskan, sebarang bantuan kewangan yang diambil tidak akan mempengaruhi Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat mereka.
Agrobank menyarankan agar pelanggannya tampil menyusun semula atau menjadualkan semula kemudahan pembiayaan mereka sebagai penyelesaian jangka panjang selepas tamat tempoh pelaksanaan moratorium.

Sehingga hari ini, bank telah meluluskan semua permohonan lanjutan moratorium.

“Oleh kerana Agrobank menyediakan pembiayaan di sepanjang rantaian nilai pertanian, maka kami menyediakan bantuan kewangan kepada individu, mikro, perusahaan kecil sederhana (PKS) dan juga pelanggan korporat.

“Kami juga menyarankan agar pelanggan untuk berhubung de­ngan pegawai kami mengenai pilihan yang ada jika me­reka tidak pasti apa yang harus dilakukan selanjutnya,” ujar beliau.