fbpx

Warga emas maut kereta terbabas masuk longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta jenis Honda City dinaiki lima sekeluarga terbalik di Kilometer 125.5 Jalan Raya Timur Barat dekat Jeli, petang semalam.

JELI – Seorang lelaki warga emas maut selepas kereta yang dipandunya terbabas ke dalam longkang di Kilometer 125.5, Jalan Raya Timur Barat di sini semalam.

Mangsa, Mohd. Radzi Din, 67, mengalami kecederaan parah di bahagian kepala sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian pada pukul 5.30 petang.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kelantan, Superintendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, siasatan awal mendapati, mangsa bersama tiga ahli keluarganya termasuk seorang bayi berusia 11 bulan sedang dalam perjalanan dari arah Gerik, Perak menghala ke Jeli.

Katanya, sewaktu tiba di lokasi kejadian, Mohd. Radzi yang memandu kereta jenis Honda City dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke laluan bertentangan.

“Insiden itu menyebabkan kereta terbabit berpusing beberapa kali dan masuk ke dalam longkang sebelah kanan lebuh raya tersebut.

“Berdasarkan siasatan, kemalangan berlaku ketika hujan renyai dan di kawasan selekoh lebuh raya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Mohd. Zamri, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala tiga ahli keluarganya cedera ringan dan bayi itu pula tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Jeli untuk bedah siasat dan kees disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI