fbpx

Imigresen siasat kes lima PATI lolos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Depot tahanan Imigresen Pekan Nenas, Pontian.

JOHOR BAHRU – Jabatan Imigresen (JIM) sedang menyiasat insiden lima pendatang asing tanpa izin (PATI) Depot Imigresen Pekan Nanas, Pontian, dekat sini, yang dilaporkan meloloskan diri daripada tahanan berkenaan, sejak Sabtu lalu.

Ketua Pengarah JIM, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, siasatan berkenaan termasuk sama ada terdapat elemen kecuaian sehingga menyebabkan lima tahanan di depoh berkenaan melarikan diri.

“Siasatan sedang dijalankan. Jika ada unsur kecuaian atau isu integriti dikesan, tindakan akan diambil mengikut Peraturan Tatatertib Penjawat Awam,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, media hari ini melaporkan lima PATI yang ditahan di Depot Imigresen Pekan Nanas, Pontian, dekat sini, meloloskan diri daripada tahanan berkenaan, sejak Sabtu lalu.

Menurut sumber, semua tahanan yang melarikan diri berkenaan membabitkan kes kesalahan imigresen itu, dalam proses diusir pulang ke negara asal mereka.

Usaha mendapatkan penjelasan daripada Pengarah Imigresen Johor, Baharuddin Tahir, masih belum berhasil setakat ini.

Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, ketika dihubungi mengesahkan insiden berkenaan.

“Laporan polis membabitkan insiden berkenaan diterima pada 17 Oktober lalu yang dibuat di Balai Polis Simpang Renggam,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI