fbpx

PKPD di asrama pekerja TGCR ditamatkan mulai esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang telah dilaksanakan di asrama pekerja Tropicana Golf & Country Resort (TGCR), Petaling Jaya sejak 12 Oktober lalu akan ditamatkan esok.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan menamatkan PKPD itu dibuat atas cadangan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Selangor dan nasihat daripada MKN.

Bagaimanapun katanya, kawasan itu masih tertakluk di bawah pelaksanaan PKPB bagi seluruh negeri
Selangor.

“Sehingga semalam, Kementerian Kesihatan (KKM) telah membuat sebanyak 503 saringan di asrama pekerja terbabit dan daripada jumlah itu sebanyak 23 kes positif direkodkan.

“Kesemuanya telahpun menerima rawatan di hospital manakala kontak rapat telahpun diarahkan menjalani kuarantin wajib,”katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI