fbpx

Penunggang maut motosikal rempuh tayar treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Motosikal jenis Yamaha Y15 yang ditunggang Ahmad Ilyas Kamarudin, 23, hancur selepas merempuh tayar sebuah treler dalam kejadian Kilometer 96.5, Jalan Kota Bharu-Gua Musang dekat Kuala Krai malam kelmarin.

Oleh ROSLIZA MOHAMED

KOTA BHARU – Seorang penunggang motosikal maut selepas merempuh tayar serbuah treler yang membawa muatan balak di Kilometer 96.5, Jalan Kota Bharu-Gua Musang dekat Kuala Krai malam kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 10.20 malam itu, mangsa, Ahmad Ilyas Kamarudin, 23, yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 maut di lokasi kejadian akibat mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, dada dan badan.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohamad berkata, siasatan awal mendapati, mangsa sedang dalam perjalanan dari arah Gua Musang dengan menunggang motosikal.

Katanya, sewaktu tiba di lokasi kejadian, treler itu yang sedang dalam perjalanan menuju ke Gua Musang telah melintas jalan raya itu.

“Insiden itu menyebabkan motosikal mangsa yang tidak sempat mengelak sebelum merempuh bahagian tayar belakang kanan sebuah treler membawa muatan kayu balak.

“Akibat perlanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala, dada dan badan sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Suzaimi, mayat Ahmad Ilyas dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk bedah siasat sebelum jenazahnya dituntut oleh keluarga dari Felda Aring, Gua Musang untuk urusan pengkebumian.

Katanya, bagaimanapun, pemandu treler berusia 59 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI